Penulis dan pemuisi Omar_Khayyam

Rencana utama: Rubaiyat Omar Khayyam
Penggambaran Omar Khayyám oleh Hollywood.

Khayyam termasyhur pada hari ini bukan sahaja kerana pencapaian saintifiknya, tetapi juga karya-karya kesusasteraannya. Beliau dipercayai menulis lebih kurang seribu rangkap empat ayat. Dalam dunia pertuturan bahasa Inggeris, Khayyam lebih dikenali kerana terjemahan karyanya, Rubaiyat Omar Khayyam, dalam bahasa Inggeris oleh Edward Fitzgerald (1809-1883).

Orang-orang lain juga menerbitkan terjemahan sesetengah rubáiyátnya (rubáiyát bermaksud "rangkap catur larik"), tetapi terjemahan Fitzgerald paling dikenali. Terjemahan-terjemahan juga boleh didapati dalam bahasa-bahasa lain selain daripada bahasa Inggeris.